Terkini

“Takkanlah Saya Hendak Pakai Telekung Pula,” - Zul Ariffin

Beberapa hari lalu hangat diperkatakan apabila Zul Ariffin dilihat menjadi penghias muka depan bagi sebuah majalah lelaki iaitu Men Health untuk bulan ini.


“Takkanlah Saya Hendak Pakai Telekung Pula,” - Zul Ariffin

Siapa tak kenal Zul Ariffin yang berbadan sado dan menjadi kegilaan gadis-gadis diluar sana, betul tak?? Zul tampil sebagai muka hadapan majalah tu dengan menayang susuk badannya yang sado tu tanpa memakai baju.


Huh, memang nampak kesadoannya, tapi gambar Zul di muka hadapan majalah tu menjadi bualan hangat netizen dan ramai yang mengkritik.

Ekoran itu, Zul Arifffin bagaimanapun tampil mempertahankan tindakannya itu kerana ia dikatakan bersesuaian dengan tema majalah terbabit.



“Itu adalah sesi bergambar untuk majalah kesihatan. Jadi apa masalahnya. Itu adalah majalah kesihatan. Takkanlah saya hendak pakai telekung pula,” jelas Zul.

Walaupun tindakan itu dilihat sebagai tindakan yang wajar oleh Zul Ariffin, namun begitu ramai yang mengkritik gambar berkenaan sebagai keterlaluan kerana mendedahkan aurat sebagai lelaki Muslim.


Selain itu, ada juga pihak yang mengaitkan gambar itu dengan insiden yang pernah berlaku kepada penyanyi, Faizal Tahir yang pernah di gam kerana membuka baju ketika membuat persembahan.


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments