Terkini

Tuah Bayi Dilahirkan 'Tumbuh' Ekor

MAKASSAR: Seorang bayi lelaki yang mendapat liputan media selepas dilahirkan dengan lebihan daging seperti ekor kini dibawa ke hospital untuk membuang kecacatan berkenaan.


Tuah Bayi 'Tumbuh' Ekor

Adam Syafid yang kini berusia enam bulan mendapat simpati orang ramai termasuk Datuk Bandar Makassar, Mohammad Ramdhan Pomanto selepas kisahnya dipaparkan media tempatan baru-baru ini.


Selain lebihan daging seperti ekor yang tumbuh di atas punggung, Adam Syafid juga dilahirkan sumbing.

Ibu Adam Syafid, Harmina berkata, lebihan daging itu menyebabkan anaknya terpaksa tidur secara mengiring.

Katanya, Mohammad Ramdhan melawat anaknya baru-baru ini dan mengarahkan pegawai kesihatan membawa bayi itu ke Rumah Sakit Wahidin Sudirohusodo.

- Harian Metro


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments