Terkini

Tujuh Lelaki Dibakar Hidup-Hidup Kerana Miliki Tulang Manusia

Malawi – Seramai tujuh lelaki dibakar hidup-hidup selepas mereka dituduh memiliki tulang manusia yang dipercayai digunakan bagi tujuan ilmu hitam.


Tujuh Lelaki Dibakar Hidup-Hidup Kerana Miliki Tulang Manusia

Kumpulan perusuh dikatakan menyerang suspek dan membakar mereka menggunakan minyak petrol sehingga mati dalam satu kejadian ngeri di sini.

Akhbar Malawi, Nyasa Times melaporkan seorang pegawai polis tempatan, Kirby Kaunga sebagai berkata, tiada tangkapan dibuat setakat ini, manakala kes itu masih disiasat.


Negara di benua Afrika itu mencatatkan peningkatan aktiviti pemerdagangan anggota manusia ter­utamanya individu albino yang dipercayai mempunyai kesaktian dan akan membawa tuah pada pemiliknya.

Berdasarkan kenyataan Pertubuhan Palang Merah Antarabangsa, set lengkap tubuh albino termasuk kaki, tangan, alat kelamin, telinga, lidah dan hidung dijual pada harga sekitar AS$75,000 (RM307,000) di negara jirannya, Tanzania.

Ketua Polis Malawi, Lexen Kachama telah mengeluarkan arahan kepada anggota polis untuk menembak mati individu yang terlibat menculik atau membunuh golongan albino.

“Kami mendengar ba­nyak kes tentang penculikan dan pembunuhan penduduk albino di Tanzania. Ia semakin tersebar dan berleluasa di Malawi dan perlu ditangani secara agresif dan profesional,” ujarnya. - Agensi



No comments