VIDEO: Lelaki Pakai Baju Melayu Ketuai Perbarisan Ratu Elizabeth II

SEORANG rakyat Malaysia dengan bangganya menggayakan pakaian tradisional bangsa Melayu, iaitu baju Melayu ketika mengetuai perbarisan sempena sambutan hari lahir ke-90 tahun Queen Elizabeth II yang diadakan di Westminster Abbey, London, semalam.



Hari lahir ratu pemerintah United Kingdom ini sebenarnya jatuh pada setiap tanggal 21 April, namun upacara ini merupakan sebahagian daripada perayaan tersebut yang diadakan pada setiap tahun.

Foto yang dikongsikan oleh pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London menerusi laman Facebooknya itu menunjukkan Kishva Ambigapathy berjalan megah sambil memegang cokmar diraja.

Cokmar lazimnya digunakan dengan dibawa berarak ketika memulakan sesebuah perjalanan majlis rasmi bagi menggambarkan tahap tinggi simboliknya upacara tersebut.



Kishva dipilih membawa cokmar kerana beliau merupakan Pengerusi Yayasan Belia Komanwel, sebuah pertubuhan yang mewakili suara anak muda dari 53 buah negara Komanwel seluruh dunia.

Beliau malah menzahirkan perasaan teruja dengan pemilihannya itu dan berterima kasih di atas sokongan pelbagai pihak yang diberikan terhadap dirinya.

Tiga generasi kerabat diraja Britain termasuk Duke dan Duchess of Cambridge, Putera William dan Kate Middleton termasuk Putera Harry turut bersama-sama dalam upacara itu.

Sumber: https://www.facebook.com/HighCommissionOfMalaysiaInLondon/videos/1066012873465706/


Kishva Ambigapathy, the Royal Mace Bearer on the Queen of England's 90th Birthday is a Malaysian student who studies MSc Global Politics at Durham University, a Chevening Scholar and the chairperson of the Commonwealth Youth Council (CYC), an association of young people from 53 countries that act as the official representative voice of 1.2 billion young people in the Commonwealth.We are proud of you, Engr. Kishva Ambigapathy, and let Malaysian flag fly high in the UK.

Posted by High Commission of Malaysia, London on Wednesday, March 16, 2016

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments