Terkini

Video Sirul Tidak Dirakam Ketika Tahanan, Kata Imigresen Australia

Siasatan Jabatan Imigresen Australia mendapati bekas komando polis Sirul Azhar Umar tidak merakam atau mengedarkan apa-apa video kepada media ketika ditahan di Pusat Tahanan Imigresen Villawood (VIDC) di Sydney.


Video Sirul Tidak Dirakam Ketika Tahanan, Kata Imigresen Australia

Ini adalah berdasarkan kepada pemeriksaan ke atas rakaman CCTV, rupa Sirul dalam video dan latar belakang yang digunakan dalam video itu, kata jabatan itu dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu disiarkan oleh program 60 Minutes Australia di laman webnya hari ini. Baca: Najib tak terlibat dalam pembunuhan Altantuya, kata Sirul (Video)


"Faktor-faktor ini menyokong pandangan Jabatan ini bahawa video itu dibuat antara masa keputusan Mahkamah Persekutuan Malaysia dan masa individu itu dimasukkan ke tahanan imigresen," kata jabatan itu.

Dalam beberapa rakaman video dibocorkan kepada Malaysiakini, Sirul antara lain berkata telah digunakan oleh pihak tertentu untuk memfitnah orang lain, tetapi tidak menyebut nama.

Peguam Americk Sidhu berhujah bahawa Sirul merakamkan video berkenaan selepas penahanannya kerana beliau dalam salah satu klip merujuk sidang media oleh peguam Kamarul Hisham dan Hasnul Rezua Merican, yang berlaku pada 31 Dis, 2015.

Sirul juga merujuk kepada permohonannya untuk mendapatkan taraf penduduk tetap di Australia, kata Americk. - M'kini


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments