Video Viral: Gurauan Kasar Ayah Buat Anak 'Terbang'

HAJAT seorang anak untuk bergurau dengan ayahnya memakan diri apabila anak tersebut jatuh terlentang akibat dibaling bantal.


 Video Viral: Gurauan Kasar Ayah Buat Anak 'Terbang'

Gabriel Russ memuatnaik video insiden tersebut kelmarin di laman Youtube untuk tontonan umum.
Dalam video berkenaan, anak perempuan Gabriel dilihat mahu bermanja dengan ayahnya dengan memukulnya dengan bantal.


Anaknya kemudian melarikan diri.

Tanpa disangka, Gabriel mengutip bantal yang diguna anaknya dan membaling kearah anaknya dan tepat mengenai kepala.

Balingan tersebut menyebabkan kanak-kanak malang tersebut ‘terbang’ dan jatuh terlentang.
Gabriel yang menyedari kesilapannya bergegas bangun mendapatkan anaknya sambil ketawa.

Pelayar laman Youtube yang menonton video berkenaan mendakwa terhibur dengan telatah dua beranak tersebut.

Walaupun begitu, terdapat mereka yang menyifatkan gurauan Gabriel tersebut terlalu kasar dan boleh mendatangkan kecederaan.


Video yang bertajuk ‘Toddler Sniper’ berkenaan sudah menarik perhatian hampir 1 juta pelayar untuk tempoh kurang 48 jam.

Sumber : Sinar



No comments