Header Ads

  • Terkini

    Wanita Rentung Dalam Kebakaran Cuba Selamatkan Dokumen Penting

    Tanjong Karang – Seorang wanita rentung dalam kebakaran di rumahnya di Jalan Parit 2, Sungai Burong kira-kira pukul 10 pagi ini.


    Wanita Rentung Dalam Kebakaran Cuba Selamatkan Dokumen Penting

    Mangsa, Khalijah Yahya, 55, dipercayai terperangkap di dalam rumahnya dan rentung hampir 80 peratus akibat kebakaran itu.

    Ketika berlaku kebakaran, mangsa dikatakan yang berada di luar rumah sebelum bertindak masuk ke dalam rumah untuk menyelamatkan dokumen penting, namun terperangkap akibat asap tebal.


    Penolong Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd. Sani Harul berkata, laporan kebakaran diterima pada pukul 10.01 pagi.

    “Apabila tiba di lokasi kejadian, api sedang marak dan membakar kira-kira 60 peratus rumah tersebut,” ujarnya. – Utusan



    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad