Terkini

Warga Emas Kutip Sampah, Kumpul Duit Untuk Tunaikan Haji

Seremban: “Impian saya untuk ke Makkah menunaikan haji menggunakan wang hasil titik peluh sendiri,” kata seorang lelaki warga emas yang mencari barangan terbuang sebelum wang diperoleh disimpan bagi kegunaan menunaikan rukun Islam kelima.


Warga Emas Kutip Sampah, Kumpul Duit Untuk Tunaikan Haji

Mansur Arifin, 78, melakukan kerja berkenaan dengan mengutip tin, plastik, besi dan surat khabar lama menggunakan troli diubah suai bagi mencari barangan terbuang setiap hari.


Dia yang lebih mesra dengan panggilan Pak Mansur berkata, rela mengerahkan kudrat mencari rezeki kerana tidak mahu menyusahkan anaknya.

“Saya tahu anak ada tanggungjawab sendiri dan keluarga. Isteri, Aminah Talib, 75, pula lumpuh separuh badan sejak lima tahun lalu dan tinggal bersama anak kedua tidak jauh dari rumah saya.

“Memang ada bantuan diterima daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM300 sebulan, tetapi wang digunakan untuk membeli lampin pakai buang isteri. - myMetro


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments