10 Gambar Ngeri: Tiga Maut Kereta Bertembung Lori Simen

Sebuah kemalangan ngeri yang berlaku kira kira jam 2:45 tadi melibatkat kerata bertembung dengan lori di Teluk Yu dekat Pusat Kraftangan Langkawi jalan taman kulat difahamkan melibatkan 3 maut dalam kemalangan tersebut.


10 Gambar Ngeri: Tiga Maut Kereta Bertembung Lori Simen

Punca kejadian,salah seorang saksi mengatakan kereta proton iswara yang dinaiki ketiga mangsa terbabas makan jalan lorong sebelah selepas gagal mengambil selekoh berhampiran kompleks kraf.

Lori simen (pasir) yang datang dari arah bertentangan cuba untuk mengelak namun tidak lepas.

Difahamkan ketiga tiga mangsa yang menaiki kereta maut ditempat kejadian ,identiti ketiga-tiga mangsa iaitu Haslan Hasan, 23; Idris Shaari, 22; dan Mohamad Solihin Fuad, 21.


Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Langkawi, Asisten Superintendan Mahadhir Mohd Salleh ketika dihubungi berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dinaiki mangsa dalam perjalanan dari Pantai Kok ke Ayer Hangat memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori sarat dengan muatan pasir simen

“Akibat pertembungan itu, kereta terbabit terputus dua di mana pemandu dan penumpang kereta mati di tempat kejadian.

“Mayat semua mangsa dihantar ke Hospital Langkawi untuk bedah siasat,kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.45” katanya.










------------
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments