Terkini

5 Fakta Tentang Kos Kahwin Pembaca Berita TV9, Yang Hanya Bernilai RM800!

Baru-baru ini, kecoh tentang kos perkahwinan bernilai RM15,000 sehinggakan pasangan tersebut tak jadi berkahwin.



Ia sekaligus membuka mata tentang kesukaran untuk mendirikan rumah tangga terutama sekali bagi golongan muda.

Tapi, pembaca berita sambilan TV9, Fadhil Mohamad Isa mampu membuktikan bahawa tiada yang mustahil untuk mengadakan kenduri kahwin murah dan mengikut kemampuan.


Lebih mengejutkan kos perkahwinannya hanya bernilai RM800 sahaja. Wahh! Bukan dia tak mampu, tapi nak berjimat untuk teruskan hidup.

1. Mas kahwin RM100, kadi dan saksi RM200


2. Makan lepas nikah ahli keluarga dan sahabat rapat yang hadir tak sampai RM500. (Makan dekat Dapor Sarawak). Takde katering, ala carte je.


3. Budak-budak TV9 saya belikan 2 bucket KFC.


4. Kawan2 yang datang bawak camera jadi photographer terus.


5. Tak ada berinai, hantaran. Baju pakai baju yang ada. Tak ada tukar2 baju.




P/S: Kalau kerja glamour pun boleh buat majlis simple  macam ni, apatah lagi orang lain kan. Nak tak nak je!

1 comment

Nurfaezah Abdullah said...

Alhamdulillah suka sangat dengan kesederhanaan pasangan ne :)