Akibat Cemburu, Suami Tetak Isteri Guna Pedang Samurai

KEPALA BATAS: Akibat cemburu, seorang kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang bertugas di cawangan Sungai Petani, Kedah cedera parah akibat ditetak suaminya menggunakan pedang samurai semalam.


Akibat Cemburu, Suami Tetak Isteri Guna Pedang Samurai

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.45 malam itu, mangsa yang berusia 34 tahun dipercayai bergaduh dengan suaminya yang juga bekas anggota keselamatan di hadapan rumah sewa mereka di Kampung Pasir Gebu, Penaga dekat sini.

Rumah itu didiami pasangan terbabit bersama tiga anak mereka berusia sembilan, enam dan lima tahun.

Suspek yang berusia 33 tahun dikatakan menetak isterinya sehingga menyebabkan wanita itu cedera parah di bahagian kepala, bahu dan tangan.

Mujurlah kejadian disedari jiran-jiran yang segera membantu menghantar wanita itu mendapatkan rawatan awal di Hospital Kepala Batas.


Dia kemudiannya dirujuk ke Hospital Pulau Pinang sebelum ditempatkan untuk rawatan di Hospital Seberang Jaya.

Seorang jiran, Sombi Jamal Mydeen, 74, berkata, ketika kejadian dia berada di dapur rumahnya dan sedang bersiap mengerjakan solat maghrib.

“Tiba-tiba saya terdengar suara wanita menjerit sebelum menjenguk melalui tingkap rumah dan mendapati mangsa yang berlumuran darah berlari ke arah rumah saya.

“Saya segera membuka pintu dan cuba memberikan bantuan kepada mangsa yang ketakutan sebelum memanggil jiran-jiran lain,” katanya.

Tambah Sombi, suami mangsa yang dipercayai penagih dadah kemudiannya membawa masuk ketiga-tiga anak mereka ke dalam kereta dan bergegas memecut ke arah Kuala Muda.

Sementara itu, polis masih mengesan lelaki itu yang dipercayai masih berada di kawasan sekitar dan berharap orang ramai menyalurkan maklumat sekiranya bertemu suspek.

BACA JUGA: Kejam, Isteri Maut Dipukul Suami Dengan Batang Mop

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Azmi Adam berkata, suspek yang tidak mempunyai pekerjaan tetap selepas dibuang kerja beberapa tahun lalu dipercayai melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta Proton Waja. - Utusan Malaysia.

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:



No comments