Amaran CyberSecurity Malaysia Ancaman Virus Ransomware

Pusat pakar keselamatan siber kebangsaan, CyberSecurity Malaysia mengeluarkan amaran kepada orang ramai mengenai ancaman virus Ransomware yang berupaya merampas data di dalam komputer pengguna individu dan komersial.



Menerusi virus ter­sebut, penggodam akan mengunci data-data penting milik pengguna dan meminta mereka untuk membayar wang tebusan.

Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Dr. Ami­rudin Abdul Wahab (gambar) berkata, Ransomware adalah sejenis perisian jahat atau malware yang menjangkiti komputer dan mengehadkan akses sehingga wang tebusan dibayar untuk mendapatkan semula data-data penting milik individu atau syarikat ter­tentu.


Jelas beliau, perisian tersebut telah mula tersebar sejak beberapa tahun lalu dan modus operan­dinya ialah memeras wang daripada mang­sa dengan memaparkan mesej telah menceroboh komputer milik pengguna pada skrin.

“Mesej pada skrin berkenaan akan keluar dengan kerap dan memberitahu bahawa komputer mereka telah dikunci atau semua fail pengguna telah disulitkan, kemudian mereka akan menuntut wang tebusan untuk memulihkan akses terhadap data atau komputer mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam. -Kosmo!


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments