Terkini

Anak Kambing Pelik, Pegawai Veterinar Dedah Kemungkinan Yang Mengejutkan!

JOHOR BHARU: Sebelum ini bangkai seekor anak kambing yang berwajah pelik telah mencetuskan tanda tanya kerana ia menyerupai bayi manusia. Gara-gara itu, pemilik anak kambing itu iaitu peneroka Felda Ibrahim Basir telah menyerahkan kepada pihak veterinar untuk siasatan lebih lanjut.


Anak Kambing Pelik, Pegawai Veterinar Dedah Kemungkinan Yang Mengejutkan!

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Johor Ismail Mohamed berkata, hanya selepas siasatan, mereka akan dapat mengetahui dengan lebih lanjut mengenai penemuan ganjil itu.

BACA: 13 GAMBAR Kambing Lahirkan Anak Berupa Manusia di Johor??

Malah, ia berkemungkinan bahawa ibu kambing itu telah 'dicabuli' oleh manusia.

"Buat masa ini kita tidak boleh mengesahkan atau menafikan apa-apa kerana kita tidak pernah menerima sebarang kes seperti ini sebelum ini.

"Kami perlu menunggu keputusan dan penemuan dimuktamadkan yang mana ia memakan masa antara dua minggu hingga sebulan," katanya kepada The Star.


Beliau berkata arahan telah diberikan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kota Tinggi untuk menyerahkan bangkai anak kambing itu ke makmal Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri untuk ujian dijalankan.

No comments