Terkini


Anak Paul Walker Terima Pampasan Kemalangan Bapa RM39 Juta

ANAK perempuan tunggal Paul Walker, Meadow, menerima pampasan bernilai AS$10.1 juta (RM39 juta) melalui satu perintah mahkamah berkenaan kemalangan maut yang menimpa bapanya pada tahun 2013.


Anak Paul Walker Terima Pampasan Kemalangan Bapa RM39 Juta

Bayaran pampasan tersebut dibayar dari harta milik mendiang Roger Rodas, rakan bapanya yang juga merupakan pemandu kereta ketika kemalangan tersebut berlaku, lapor TMZ.

BACA: Paul Walker, Pelakon Fast & Furious Maut Dalam Nahas

Rodas juga terbunuh dalam kemalangan apabila Porsche Carrera GT yang dipandunya terbabas melanggar pokok dan terbakar di Santa Clarita, California pada Disember 2013.


Menurut peguam Meadow, Jeff Milam, pampasan tersebut dituntut kerana Rodas turut dianggap bertanggungjawab menyebabkan kemalangan itu berlaku.
BACA: Video Footage - Kemalangan Ngeri Paul Walker

Milam bagaimanapun mendakwa jumlah pampasan yang diterima kecil berbanding jangkaan pendapatan yang mampu diterima Walker sebagai bintang filem terkemuka.

Ketika kematiannya, Walker sedang menjalani penggambaran Furious 7, filem ketujuh francais Fast & Furious yang berjaya meraih $1.5 bilion (RM5.9 bilion). - Astro Awani
------------
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments