“Saya Masih Hidup, Berita Saya Maut Kemalangan Adalah Palsu” - Awie

Penyanyi dan pelakon, Awie nampaknya sekali lagi dikaitkan terlibat dalam kemalangan jalan raya, tetapi kali ini di Phuket pula. Bagaimanapun Awie menafikan gosip yang tersebar itu dan menegaskan, berita palsu itu sebagai fitnah yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab.


“Saya Masih Hidup, Berita Saya Maut Kemalangan Adalah Paslu” - Awie

“Saya kini berada di Phuket, Thailand bagi bagi menjalani penggambaran filem Bikers Kental 2. Saya masih lagi hidup dan berita kononnya saya terbabit dengan kemalangan dan meninggal dunia adalah palsu,” katanya kepada Berita Harian Online menerusi sebuah video.


Semalam, Awie dikatakan terbabit dengan kemalangan jalan raya di Phuket. Berita itu menjadi bualan ramai warga laman sosial sehingga menjadi tanda tanya. Tetapi setelah video penjelasan dimuat naik, rata-rata peminat memberikan respon positif dengan mendoakan kesejahteraan Awie.


Sebelum ini dikhabarkan penyanyi vokalis kumpulan rock, Wings juga pernah dilaporkan ‘meninggal dunia’ selepas dikatakan terbabit sekali lagi kemalangan jalan raya di Lahad datu pada Mei tahun lalu.

Bagaimanapun, individu yang menyebarkan khabar angin berkenaan dipercayai adalah peminat fanatik Awie. (rkty/w)
------------
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments