Terkini

Bayi Lelaki Ditemui Dalam Kotak Di Ladang Kelapa Sawit

Miri: Seorang lelaki yang sedang membuang air kecil di sebuah kawasan kelapa sawit di sini tidak menyangka bunyi yang didengarnya adalah tangisan seorang bayi lelaki di dalam sebuah kotak.


Bayi Lelaki Ditemui Dalam Kotak Di Ladang Kelapa Sawit


Setelah puas cuba mencari bunyi itu, lelaki berkenaan akhirnya mengesan tangisan itu datangnya dari sebuah kotak yang ditempatkan di bawah pokok kelapa sawit berhampiran simpang ke Universiti Curtin Miri kira-kira 1.30 tengah hari Sabtu.

Selepas penemuan bayi itu, yang dipercayai baru dilahirkan, lelaki berusia 32 tahun berkenaan segera membuat laporan polis, kata Ketua Polis Miri ACP Junaidi Bujang di sini, Sabtu.


Beliau berkata bayi itu dibungkus dengan kain sarung dan kain tuala, selain tiada kecederaan fizikal pada tubuhnya.

"Bayi itu kemudian dihantar ke Hospital Miri untuk pemeriksaan lanjut,"katanya. -Bernama.
----------
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments