Bayi Maut Dihempas Ke Lantai, Bapa Mentua Suspek Dedah Kisah Sebelum Kejadian!!..

Beberapa hari lepas kecoh apabila seorang bayi yang berusia setahun tujuh bulan yang dikenali sebagai Hannah Sufiyyah telah maut dipercayai dihempas ke lantai oleh ibu kandung sendiri dan juga teman lelaki ibunya.


Bayi Maut Dihempas Ke Lantai, Bapa Mentua Suspek Dedah Kisah Sebelum Kejadian!!..

Menurut bapa mentua kepada suspek dan juga datuk kepada Hannah Sufiyyah, Mohd Yusoff Abdullah, 51 meluahkan perasaan sedih atas kehilangan cucu yang disayangi dan tidak menyangka begini kematian cucunya.

"Ketika memandikan jenazah di hospital, saya menangis apabila terbayang kesakitan yang dihadapi oleh cucu sebelum kehilangan nyawa. Sehingga kini jika teringat, pasti mengalir air mata,” katanya.

Tambahnya lagi, Muhd Yusoff menjelaskan bahawa menantunya itu adalah kakitangan imigresen di Putrajaya dan mula berpindah ke Putra Perdana pada 29 Januari yang lalu bersama-sama tiga cucunya.

“Anak saya ketika itu sedang mengikuti latihan di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS), Pahang dan isterinya telah keluar berpindah serta membawa mangsa dan anak sulungnya, Hannah Sumaiyyah Muhammad Adib untuk tinggal bersama di Puchong.


“Menantu menyatakan alasannya berpindah kerana ingin dekat dengan tempat kerja dan telah menyerahkan anak kedua, Mohammed Muaz Muhammad Adib, 2, kepada keluarganya di Alor Setar. Saya telah menyatakan kepadanya untuk menjaga cucu namun dia tetap membawa mereka bersama,” katanya.

Malah, sejak menantunya berpindah, cubaan untuk menghubungi ibu kepada tiga anak itu gagal.

“Kali terakhir kami berhubung adalah ketika dia baru berpindah, dia ada memaklumkan telah mendapat pengasuh untuk menjaga anak-anaknya,” katanya.

Bahkan, dari hasil bedah siasat mendapati terdapat kesan dera yang menyebabkan mangsa meninggal dunia seperti pendarahan di kepala dan badan akibat dipukul dengan ben­da tumpul. Apapun, kes ini masih lagi dalam siasatan pihak polis.



Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments