“Berpoligami Lah, Untuk Bantu Janda-Janda” – Rani Kulup

PRESIDEN Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup, 61, baru-baru ini mendedahkan rahsia beliau mampu menjalani kehidupan berpoligami secara aman.


“Berpoligami Lah, Untuk Bantu Janda-Janda” – Rani Kulup

Rani Kulup, lebih dikenali dengan gelaran Raja Report Malaysia yang kini mempunyai dua isteri, sembilan anak dan enam cucu memberitahu apa yang menjadikan kehidupan berpoligami kekal bahagia adalah sikap saling mempercayai antara dia dan isteri-isterinya.

“Kita (suami) sebagai pemandu perlulah bijak memainkan peranan dalam kehidupan berumah tangga.. kalau kita jujur dan bersikap terus terang insya-ALLAH kehidupan berkeluarga akan kekal bahagia.


“Bagi saya berpoligami bukan perkara menakutkan, malah saya menggalakkan agar sang suami yang mampu berpoligami, poligamilah, bantu janda-janda. Sekiranya dibenarkan kita kahwin sampai 10 orang isteri, saya nak, tetapi agama kita tidak benarkan, jadi kita kena patuhlah,” katanya sebagaimana laporan Sinar Online.

Rani Kulup turut menasihati mereka yang mahu berpoligami supaya jangan berlandaskan nafsu semata-mata atau kerana sikap suka menunjuk-nunjuk.

“Jangan menganiaya wanita, ayah adalah orang yang sayang wanita, sebab itu ramai yang hendak bergambar dengan ayah. Ayah ada sikap sayang pada wanita, bukan hendak memperhambakan mereka, tidak sama sekali.

“Dan lagi satu lelaki kalau hendak sentiasa ceria, selalulah berdampingan dengan wanita,” selorohnya.
------------
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments