Terkini

BIKIN PANAS!.. Janna Nick Bidas Tuduhan 'Mengarut' Ruhainies Yang Dianggap Makin Melampau

Sebelum ini kecoh apabila pergaduhan antara pelakon Ruhainies dan Janna Nick makin menjadi-jadi apabila kedua-dua pihak saling menuding jari antara satu sama lain.


Janna Nick
Janna Nick
Susulan video yang dimuat naik oleh Janna untuk penjelaskan keadaan sebenar telah disalah anggap oleh Ruhainies, maka Janna telah mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya sudah diajak berdamai tapi tidak diendahkan.

“Sebenarnya, sebelum isu ini jadi besar, saya cuba untuk menghubunginya dan ajak berjumpa. Tapi dia seakan memilih untuk tidak memaafkan dan nak memanjangkan pergaduhan. Saya diam sebelum ini sebab ingat cuma satu kenyataan saja yang dikeluarkan Ruhainies. Tapi lama-kelamaan kenyataan yang dikeluarkan dia semakin mengarut," katanya.

Ruhainies
Ruhainies

Ruhainies
Ruhainies

Sebelum ini Ruhainies mengatakan Janna bersikap tidak matang apabila memuat naik video yang telah dipadam itu dan cuba memburukkan namanya.


Tapi bagi Janna, dia sudah cuba untuk selesaikan perkara ini sebaik mungkin dan jika berlarutan dia mungkin akan mendedahkan perbualan Whatsapp dengan Ruhainies mengenai respon Ruhainies apabila diajak berdamai.

Apapun, semoga mereka dapat berdamai secepat mungkin. Tak guna nak tegakkan benang dah basah. Kalau masing-masing saling menuding jari sampai bila tidak selesai isu ini.

No comments