Buaya Dilapah, Dibelah Perut Untuk Cari Mangsa Yang Hilang (8 Gambar)

Miri: Susulan kes mangsa hilang, Richard Shutine anak Tambi yang dibaham buaya di Sg. Nakat Bakong, di sini pada minggu lepas, penduduk yang terlibat dalam membantu operasi SAR bertindak membelah perut beberapa ekor buaya yang berjaya ditangkap bagi mendapatkan sisa anggota badan mangsa yang lain.


Buaya Dilapah, Dibelah Perut Untuk Cari Mangsa Yang Hilang

Terdahulu anggota badan mangsa, iaitu kepala dan kaki telah pun ditemui di lokasi mangsa dilaporkan hilang pada minggu lepas.

Richard Shutine Anak Tambi, 57 tahun dipercayai turun ke sungai pada pagi 27 Mac lepas untuk memasang pukat tetapi dipercayai tidak balik ke rumah di Ladang Sungai Nakat estate, sungai Nakat Bakong, Miri.


Setelah berbagai usaha mengesan dan mencari mangsa dilakukan, namun mangsa masih gagal ditemui. Keluarga mangsa terus membuat laporan polis di Balai Polis Beluru, Bakong, petang 5 April.








Dua anggota bomba dan penyelamat dari BBP Marudi diketuai PSM dan 3 anggota PBB diketuai PB Mansor bin Wahi ke lokasi untuk membantu mencari.

Sumber Foto: FB Kamek Miak Sarawak
---------------
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments