Terkini


Chong Wei Mara Ke Akhir, Tumpaskan Lin Dan Di China

KUALA LUMPUR – Jaguh badminton perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei menewaskan musuh ketatnya, Lin Dan 22-20, 15-21, 21-4 untuk mara ke final Kejohanan Badminton Asia (ABC) di Wuhan, China, sebentar tadi.


Chong Wei Mara Ke Akhir, Tumpaskan Lin Dan Di China

Kedua-dua jaguh dunia itu membuat perhitungan dalam aksi separuh akhir di Pusat Sukan Gimnasium Wuhan dengan permainan tiga set.

Chong Wei, 34, tampil dengan tahap keyakinan luar biasa terutama di set ketiga di depan penyokong Lin Dan.

Kemenangan itu adalah yang kedua berturut-turut buat Chong Wei selepas dia menewaskan Lin Dan yang juga juara dunia lima kali pada Terbuka China, November tahun lalu – pertemuan terakhir kedua-dua jaguh dunia itu sebelum perlawanan itu.


Bagaimanapun, kejayaan itu tidak boleh dijadikan pengukur mengenai peluang Chong Wei memenangi pingat emas Olimpik Rio, Ogos depan memandangkan perjalanan masih panjang dan Lin Dan yang turut diletakkan sebagai pilihan pada temasya itu nanti sentiasa sukar untuk diramal.

Apa pun, ia sedikit sebanyak meningkatkan tahap keyakinan Chong Wei yang juga pemain nombor dua dunia dalam persiapan memburu emas di bumi Rio de Janeiro, Brazil.

Chong Wei akan berdepan satu lagi tugas mencabar apabila bertemu pemain nombor satu dunia, Chen Long dari China pada aksi final, esok.

Chen Long mara selepas menewaskan rakan senegara, Tian Houwei 21-14, 21-16. – BHarian Online

No comments