Terkini


Demi Janji, Cinta Kepada Suami, Raja Azmi Ambil Langkah Drastik

Demi janjinya serta cinta kepada suaminya Eddie, penerbit Raja Azmi mengambil langkah yang cukup drastik dengan bertekad untuk berhenti merokok. Mengakui bukan mudah untuk untuk terus berhenti, tetapi beliau tidak berputus asa.


Raja Azmi

Sekarang sudah lima minggu saya berhenti merokok. Alhamdulillah, tuhan permudahkan langkah dan kuatkan semangat. Tidak mudah tau sebenarnya hendak berhenti merokok, tetapi saya nekad.

Raja Azmi juga menjelaskan beliau ingin berubah dengan rela hati dan mahu berpegang kepada janji beliau untuk menjaga kesihatannya.


Ini janji saya untuk sama-sama menjaga kesihatan dengan Eddie. Itu yang menguatkan semangat. Sebagai seorang yang berpegang pada janji, saya tekad untuk melakukan itu, biarpun ramai yang cakap susah tetapi saya berjaya.

Walaubagaimanapun, untuk Eddie beliau masih lagi dalam proses untuk berhenti merokok.

Eddie gembira tapi dia belum berhenti cuma mengurangkan merokok daripada dua kotak sehari kepada sekotak sehari. Itu satu langkah yang bagus dan perlahan-lahan, saya percaya dia boleh berhenti.

Raja Azmi


Bagus kalau Kak Mie ada usaha untuk berubah dan mahukan kesihatan yang lebih baik. Kami yakin satu hari nanti pasti Eddie juga akan berhenti sepenuhnya.

Sumber Berita : Utusan Online

No comments