Ceramah Dr. Zakir Naik Di Perlis Dapat Perkenan Raja Muda

Perkara itu dinyatakan oleh Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abdidin yang memberitahu, jemputan itu telah diperkenan oleh Raja Muda Perlis.


Dr Zakir Naik Dapat Perkenan Raja Muda Perlis Berceramah Di Perlis

“Alhamdulillah, saya telah mendapat perkenan DYTM Raja Muda Perlis untuk menjemput Dr Zakir Naik ke Perlis.

“Oleh itu jika ceramah beliau di Melaka digagalkan, Insya Allah Perlis terbuka untuk beliau (Zakir),” ujarnya dalam satu kenyataan petang ini.

Menurut Mohd. Asri, beliau sudah bercakap dengan penganjur dan menunggu perkembangan seterusnya.


Kedatangan Zakir Naik ke negara ini ini mendapat bantahan parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kerana didakwa pernah menghina agama lain.

Tokoh Maal Hijrah 2013 itu pernah dilarang masuk ke Singapura dan United Kingdom.

Zakir Naik dijadual mengadakan forum agama di beberapa tempat termasuk di Putrajaya pada 16 April ini. Sumber: Free Malaysia Today.
---------------
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments