Terkini

Dua Polis Parah Dilibas Parang Ketika Buat Serbuan

Dua anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Cheras cedera di kepala selepas ditetak pengedar dadah ketika menyerbu stor di Jalan Kuari, Cheras, kira-kira 6 petang semalam.


Dua Polis Parah Dilibas Parang Ketika Buat Serbuan

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata, dua anggota itu masing-masing berpangkat koperal dan konstabel bersama sepasukan anggota polis membuat serbuan ke atas stor di lokasi kejadian.

Menurutnya, serbuan itu dijalankan selepas mendapat maklumat ia menjadi kawasan menghisap dan menjual dadah.

“Selepas sampai di lokasi kejadian, pintu stor itu berkunci dari luar tetapi ada dua lelaki tempatan bersembunyi di dalam stor berkenaan.


“Apabila pegawai operasi meminta suspek membuka pintu, mereka enggan bagaimanapun dengan tiba-tiba kedua-dua suspek berlari keluar dari stor berkenaan sambil melibas parang, ” katanya ketika dihubungi, malam tadi.

Katanya, dua anggota berkenaan yang berada di hadapan pintu terkena libasan parang suspek.

“Koperal Muztaza Nizan Minhaj mengalami kecederaan di kepala dan masih di unit kecemasan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) manakala Konstabel Danny Sia Siaw Kian menerima 14 jahitan di kepala dan sudah dibenarkan keluar dari wad, ” katanya,lapor Harian Metro.

Menurutnya,kedua-dua suspek sudah melarikan diri ke hutan berhampiran dan operasi mengesan mereka sedang dijalankan. - Bernama

No comments