Terkini

Dua Video Rumah Zaquan Adha Dipecah Masuk

JOHOR BAHRU 23 April - Rumah persinggahan pemain pertahanan JDT II, Zaquan Adha Abd. Razak dipecah masuk semalam.



Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitendan Jokhiri Abd Aziz, kejadian berlaku ketika pemain itu berada di Sabah untuk menyertai skuad JDT II menentang tuan rumah dalam saingan Liga Perdana.

“Suspek dipercayai mengumpil tingkap bahagian dapur rumah mangsa,” katanya di sini hari ini.

Jokhiri berkata, setakat ini masih tidak dipastikan barangan yang hilang dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Zaquan berkata apabila dia pulang ke rumah itu dia mendapati rumahnya dalam keadaan berselerak.

"Saya tiba di Johor, pada kira-kira 2 petang. Apabila pulang, saya mendapati rumah dalam keadaan berselerakan.


"Didapati pelbagai barangan termasuk beg berjenama milik isteri hilang,” katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

Katanya, dia kemudian membuat laporan dibuat di Balai Polis Pasir Gudang, petang ini.

Zaquan juga turut memuat naik video kejadian di laman Instagramnya.

"Payung skt muka brader hensem yg suka masuk rmh org buat kerja amal ni...tg nasib kau syaitooonnnn", tulis beliau.



No comments