Terkini

Gara-gara Menegur Bapa Saudara, Kepala Remaja Dilempar Pinggan

Kulim: Seorang remaja perempuan menerima tujuh jahitan di kepala selepas dilempar sebiji pinggan kaca oleh bapa saudaranya akibat menegur anaknya tidak memakai lampin pakai buang di Kampung Terap Batu 10, kelmarin.


Gara-gara Menegur Bapa Saudara, Kepala Remaja Dilempar Pinggan


Dalam kejadian jam 10 pagi, mangsa Siti Noraziati Ramli, 19, tidak menyangka lelaki berusia 28 tahun terbabit sanggup bertindak agresif hanya kerana perkara kecil.

Nenek mangsa, Zainab Awang Din, 73, berkata, ketika kejadian, dia bersama anak bongsu daripada 10 beradik itu berada di dapur menikmati sarapan sebelum mangsa muncul membancuh susu anak sulungnya.


“Zati memaklumkan kepada bapa saudaranya bahawa anak lelakinya berusia dua tahun itu hanya memakai baju tetapi tidak memakai lampin.

“Tiba-tiba anak lelaki saya naik angin lalu membaling cawan plastik ke arah Zati, tetapi tidak dihiraukannya sebelum dia melemparkan pinggan kaca menyebabkan darah memancut keluar dari kepala Zati,” katanya.

Mangsa dibawa ibunya ke Hospital Kulim untuk rawatan sebelum membuat laporan di Balai Polis Kulim, di sini.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, pihaknya sudah menerima laporan. -myMetro

---------------
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments