Terkini

Guni Plastik, Seketul Batu Ditunjuk Kepada Hakim

Kuala Lumpur: Ahli Kimia, Jabatan Kimia Malaysia, Nor Aidora Saedon membuka barang kes yang mengandungi sekeping guni plastik dan seketul batu di koridor Mahkamah Tinggi sebentar tadi disaksikan oleh Hakim, Datuk Azman Abdullah.


Guni Plastik, Seketul Batu Ditunjuk Kepada Hakim

Terdahulu, pada prosiding hari ke dua perbicaraan kes bunuh Timbalan Pendakwa Raya, Anthony Kevin Morais, pihak pendakwaan diwakili Wan Shaharuddin Wan Ladin memohon agar barang kes tersebut dibuka di luar mahkamah.

Selain guni, Nor Aidora turut mengemukakan tulang, simen, darah, wayar, sarung tangan dan sebagainya.

Pada 4 September tahun lepas, Morais dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Menara Duta (1), Kondominium Jalan Dutamas kira-kira jam 9 pagi untuk ke tempat kerja di Pejabat Peguam Negara, Putrajaya.


BACA: Polis sahkan mayat Kevin Morais disimen dalam tong dram (5 Gambar)

Sehari selepas itu, sebuah kenderaan dipercayai jenis Proton Perdana versi Honda Accord tanpa nombor enjin dan casis yang sudah dirosakkan dan hangus terbakar ditemui di Ladang Kelapa Sawit, Kampung Sungai Samak, Hutan Melintang, Perak.

Polis kemudian menemui sebuah kereta yang terbakar, dipercayai Proton Perdana, yang ditemui di Hutan Melintang, Perak sehari selepas Morais hilang. SH Online
---------------
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments