Terkini

Hikmah Solat Dhuha, Tukang Kasut Mampu Miliki Kereta Mewah

SEORANG lelaki mampu memiliki kereta mewah Toyota Camry 2.0 dan menunaikan umrah bersama isteri, hanya dengan mengumpul pendapatannya hasil membaiki kasut.


Hikmah Solat Dhuha, Tukang Kasut Mampu Miliki Kereta Mewah

Jamaluddin Hamdan, 49, dari Kuching, Sarawak bekerja sebagai tukang kasut di RH Plaza yang terletak di Jalan Lapangan Terbang Kuching.

Bermula sekadar hobi, namun lama-kelamaan ia menjadi minat dan mendatangkan hasil lumayan bagi dirinya dan keluarga.Tak Tinggal Solat Dhuha, Tukang Kasut Mampu Miliki Kereta Mewah Dan Tunai Umrah

Menurut Jamaluddin kepada sebuah portal, niatnya hanya mahu membantu orang lain di samping mencari pendapatan untuk diri sendiri.

“Saya kerja sebagai tukang kasut ni sebab nak tolong orang selepas tolong diri sendiri (cari duit) sebab ia merupakan hobi yang mendatangkan pendapatan.

“Kerja macam ini ada ‘income’ dan (paling penting) boleh tolong orang sebab kalau kasut terutama jenama mahal rosak sikit takkanlah nak buang,” katanya.

Tambahnya, sesetengah hobi tidak mendatangkan pendapatan namun sebaliknya pula dengan membaiki kasut.

Walaupun sudah lapan tahun menjadi tukang kasut, satu amalan yang tidak pernah ditinggalkan olehnya ialah solat Dhuha selain lima solat yang wajib.


“Rezeki Allah yang bagi jadi jangan tinggal solat, terutama solat sunat Dhuha antara Subuh dan Zohor, mohon agar rezeki dimurahkan.

“Kerja macam mana pun kalau tak solat rezeki yang diperoleh tidak akan rasa nikmat sebab kalau kita tinggal satu waktu (solat) akan rugi seribu waktu. Yang penting mohon pada yang Esa dan jangan sombong serta bongkak,” katanya lagi.

Jamaluddin tidak menafikan bahawa ramai beranggapan pekerjaan sebagai tukang kasut selalu dipandang remeh tetapi baginya sumber yang halal itu lebih penting.

BACA: Kisah Sayu Tukang Kasut OKU Ini Membuatkan Kami Menitis Air Mata

“Tukang kasut ni kadang-kadang orang tak pandang sangat, ada yang pandang semacam (sebab itu) budak-budak sekarang lebih suka lepak dekat kafe, rata-rata tak nak kerja kotor macam ini,” katanya.

No comments