Inilah Kenyataan AirAsia Mengenai Dakwaan Nasi Lemak 'Berlauk' Cicak

Syarikat penerbangan tambang murah Air Asia melahirkan rasa kesal dengan tindakan seorang penumpangnya yang enggan menyerahkan nasi lemak yang didakwa mengandungi seekor cicak ketika membelinya di dalam pesawat.


Inilah Kenyataan AirAsia Mengenai Dakwaan Nasi Lemak 'Berlauk' Cicak

Bahagian Komunikasi AirAsia, Eugene Siew berkata, sekiranya penumpang berkenaan menyerahkan kembali makanan itu, ia secara tidak langsung membolehkan pihaknya mengenal pasti pencemaran dan tindakan yang harus diambil.

Menurut Eugene, pihaknya juga mengambil serius perkara terbabit dan telah menjalankan siasatan bagi mendapatkan fakta serta punca perkara itu boleh berlaku.

BACA: Nasi Lemak Berlauk Cicak Dalam Pesawat Penerbangan Tambang Murah

“Kami sedang mencari fakta sebenar dan menolak sebarang perbuatan khianat,” katanya menerusi kenyataan hari ini.


Dalam pada itu, mengulas mengenai dakwaan penumpang terbabit yang mengalami keracunan makanan, Eugene berkata, pihaknya akan membantu membiayai perbelanjaan perubatan dan masih menunggu laporan dan bil-bil perubatannya.

“Pihak katerer kami diperakui oleh ISO 22000: 2005 oleh SGS United Kingdom dan telah mendapat perakuan Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, MeSTI, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Gred A, Premis Bersih oleh Majlis Daerah Kuala Selangor,” katanya.

Sebelum ini, penumpang berkenaan, Awang Waseem mendakwa, menemui seekor cicak ketika sedang menikmati nasi lemak yang dibeli di dalam pesawat Air Asia ketika dalam penerbangan ke Kuching pada 27 Mac lalu.

BACA JUGA: Penumpang Pesawat Temui Cicak Dalam Nasi Lemak Buat Laporan Polis

Dia yang enggan memberikan makanan yang dibelinya didalam pesawat berkenaan kepada pramugara telah membuat laporan polis sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa, Kuching. - FMT

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments