Video CCTV: Jejambat Kolkata di India Runtuh Berpuluh Maut

KOLKATA – INDIA. Polis India menahan lima pegawai dari syarikat pembinaan jejambat runtuh yang mengorbankan sekurang-kurangnya 24 orang dan mencederakan lebih daripada 80 yang lain, lapor AP.


Video CCTV: Jejambat Kolkata di India Runtuh Berpuluh Maut

Lima pekerja IVRCL Infrastruktur Co. yang berpangkalan di Hyderabad, bertanggungjawab membina jejambat tersebut ditahan sementara polis turut menyita pejabat mereka di Kolkata.

Pegawai berkenaan sedang disoal siasat berkemungkinan atas tuduhan membunuh tanpa niat yang boleh membawa hukuman penjara seumur hidup dan pertuduhan pecah amanah yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun, kata polis.


Sehari selepas runtuh di kawasan bandar timur Kolkata, penyelamat membersihkan besi konkrit serta sisa runtuhan dan berjaya menyelamatkan 67 orang teperangkap yang masih hidup.

“Peluang tipis untuk mencari mangsa yang masih hidup,” kata Timbalan Ketua Inspektor Pasukan Respons Bencana Kebangsaan India, S.S. Guleria.


Jejambat itu dibina bagi mengurangkan kesesakan di kawasan kejiraan Bara Bazaar di Barat Bengal.

Syarikat pembinaan itu juga dikatakan gagal mematuhi tarikh siap yang ditetapkan.

Sementara itu, pegawai IVRCL, K.P Rao Khami berkata, proses menyiapkan jejambat itu sudah hampir 70 peratus tanpa ada sebarang kejadian yang tidak diingini sebelum ini.


“Kita perlu memyiasat butiran lanjut untuk mengetahui sama ada keruntuhan itu disebabkan oleh apa-apa isu teknikal atau kualiti,” katanya.

39 daripada lebih 80 mangsa telah dibawa ke hospital dan masih dirawat.-SinarOnline

No comments