Terkini

Jimmy Shanley Disifatkan Sebagai `Bapa Kura-kura’ Oleh Bekas Ibu Mertua

Pengacara dan penyampai radio Jimmy Shanley disifatkan sebagai `bapa kura-kura’ oleh bekas ibu mertuanya apabila didakwa membiarkan anaknya berjalan dan membesar sendiri.



Datin Monirah Kassim menyifatkan Jimmy sedemikian selepas dia memfailkan tindakan komital (pemenjaraan) ke atas isterinya bertujuan membalas dendam dan amat tidak bertanggungjawab.

“Jika Jimmy seorang bapa yang bertanggungjawab, dia wajib memberi nafkah kepada anaknya tetapi selama ini sesen pun tidak pernah diberi,” katanya yang dipetik dari sebuah laman portal.

Mahkamah Rayuan Syariah Shah Alam memutuskan hukuman penjara tiga hari ke atas isteri Jimmy Nursuhaila Eliani Suhami selepas mendengar rayuan wanita tersebut menerusi peguamnya Saadiah Din.

Suhaila diperintahkan menjalani hukuman itu selepas melanggar perintah mahkamah membabitkan hak lawatan dan bermalam anak mereka, Zahrah Rania yang difailkan Jimmy, dua tahun lalu.

Menurut laporan itu lagi, Monirah sangat sedih dan kesal terhadap tindakan Jimmy terhadap anak perempuan yang telah melahirkan zuriatnya sedangkan selepas kejadian tiga kali tidak mendapat hak lawatan dan Suhaila telah mengikuti keputusan mahkamah.

No comments