Terkini


Kemalangan Ngeri, Kepala Hancur Digilis Treler

Kuala Lumpur – Seorang juruteknik maut dalam keadaan mengerikan apabila kepalanya hancur digilis treler di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Batu Caves di sini.



Dalam kejadian jam 5 petang kelmarin, mangsa S Hariharan, 19, menunggang motosikal bersama rakannya, P Prethiban, 19.

Bagaimanapun mangsa gagal mengawal motosikal dan terjatuh setibanya di lokasi kejadian.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur Deputi Superintendan S Markandan berkata, motosikal mangsa dipercayai bergesel dengan treler berkenaan menyebabkan mangsa hilang kawalan.

“Mangsa kemudian tercampak di antara tayar hadapan dan belakang treler,” katanya.


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments