Terkini

Kenapa Tudung Fareeda Digilai Ramai, Sanggup Berebut Untuk Mendapatkannya

SUSULAN video kekecohan ‘serangan’ peminat tudung jenama Fareeda yang jadi viral baru-baru ini, timbul soalan apa keistimewaan tudung Fareeda sehinggakan orang ramai sanggup berebut-rebut mahu mendapatkannya?


Kenapa Tudung Fareeda Digilai Ramai, Sanggup Berebut Untuk Mendapatkannya

Menerusi pemerhatian kami, tudung Fareeda berjaya mendapat perhatian ramai kerana mereka ada personal shopper yang akan beli bagi pihak-pihak tertentu yang kemudian akan dijualnya semula pada harga yang lebih tinggi daripada yang dipasarkan oleh jenama itu sendiri.

Dalam ramai-ramai yang berasak, pasti ada terselit satu dua personal shopper yang ingin menjual semula tudung dengan harga yang lebih tinggi memandangkan terdapat permintaan daripada penggemar tudung Fareeda.


Contohnya, personal shopper itu mungkin membeli sehelai tudung dengan harga RM150, kemudiannya mereka akan menjual sebagai contoh sebanyak RM200 kepada pelanggan mereka.

Dalam ramai-ramai yang berasak, pasti ada terselit satu dua personal shopper yang ingin menjual semula tudung dengan harga yang lebih tinggi memandangkan terdapat permintaan daripada penggemar tudung Fareeda

Jadi, jumlah keuntungan sebanyak RM50 sudah berjaya diperoleh oleh personal shopper terbabit.

Sebab yang kedua kenapa tudung Fareeda ini begitu mendapat sambutan ialah kerana setiap kali keluaran terbaharunya, ia adalah koleksi terhad yang mana pengusahanya akan mengeluarkan model tudung terbaharu itu dalam jumlah-jumlah terhad sahaja.

Jika Fareeda mengeluarkan sebanyak 100 helai, hanya itu sahaja yang akan dijual dan mereka tidak akan mengulang cetak corak dan rekaan yang sama bagi mengekalkan eksklusiviti buat pelanggan mereka.

Sweet Luv Fareeda
Sweet Luv, koleksi terbaharu hijab keluaran Fareeda yang menjadi rebutan baru-baru ini

Selain itu juga, pengusaha butik Fareeda turut mengamalkan konsep seperti butik-butik terkenal seluruh dunia yang mengamalkan pengambilan nombor giliran untuk membeli-belah dalam premis mereka dalam satu-satu masa tertentu.

Itu pasal peminat Fareeda tidak pernah jemu berasak-asak demi mengejar nombor giliran dan difahamkan insiden bertolak-tolakan di antara mereka bukan kali pertama berlaku malah hampir setiap keluaran terbaharu, ada sahaja berlaku kejadian berasak-asak.

Dipercayai butik Fareeda hanya membenarkan seramai 20 hingga 30 pelanggan dalam satu-satu masa untuk membeli tudung di premis mereka.

Sebelum ini juga, ada peminat yang terlalu ‘taksub’ dengan Fareeda sanggup tidur di kaki lima butik dalam usaha tidak mahu ketinggalan memiliki tudung koleksi terbaharu yang bakal dilancarkan pada keesokan harinya.

Penggemar tudung jenama Fareeda yang rela tidur bergelimpangan demi mendapatkan stok tudung kegilaan mereka.

Itu antara sebab-sebab kenapa tudung jenama Fareeda digemari ramai walaupun harganya boleh dikatakan agak mahal untuk pasaran jualan tudung. – kredit: mynewshub.cc



Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments