Kevin Morais Sudah Mati Sebelum Disumbat Dalam Tong Dram

Kuala Lumpur – Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais telah menemui ajalnya sebelum disumbat ke dalam guni dan dimasukkan ke dalam tong dram.


Kevin Morais Sudah Mati Sebelum Disumbat Dalam Tong Dram

Menurut pakar patologi, Dr. Nurliza Abdullah di Mahkamah Tinggi di sini, ini berikutan ketiadaan kesan kecederaan akibat mempertahankan diri dan keadaan posisi mayat yang tidak normal di dalam tong dram.

Beliau berkata demikian pada hari keempat perbicaraan terhadap seorang pakar patologi tentera dan enam yang lain yang didakwa membunuh dan bersubahat membunuh Kevin Morais hujung tahun lalu.

BACA: Guni Plastik, Seketul Batu Ditunjuk Kepada Hakim


BACA: Polis sahkan mayat Kevin Morais disimen dalam tong dram (5 Gambar)

Sehari selepas itu, sebuah kenderaan dipercayai jenis Proton Perdana versi Honda Accord tanpa nombor enjin dan casis yang sudah dirosakkan dan hangus terbakar ditemui di Ladang Kelapa Sawit, Kampung Sungai Samak, Hutan Melintang, Perak.


Polis kemudian menemui sebuah kereta yang terbakar, dipercayai Proton Perdana, yang ditemui di Hutan Melintang, Perak sehari selepas Morais hilang. SH Online
---------------
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments