Terkini

Lagi Serpihan Dipercayai Milik MH370 Ditemui

PULAU RODRIGUES - MAURITIUS. Serpihan dipercayai bahagian dalam pesawat MH370 ditemui di sebuah pulau di Mauritius, timur Afrika, menurut laporan.



Pakar Bebas MH370 (IG), Don Thompson memberitahu news.com.eu, melalui penelitian gambar serpihan tersebut, ia kelihatan padan dengan dinding penghadang kelas perniagaan pesawat Boeing 777.

Thompson berkata, ia juga mungkin dinding penghadang bagi kelas ekonomi.


Dalam pada itu, anggota IG Mike Exner turut bersetuju dengan penilaian tersebut.

Maklumat penemuan itu telah disampaikan kepada Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB).

Jika disahkan ia adalah milik MH370, serpihan yang ditemui itu adalah bahagian dalaman pertama yang dijumpai.

Bangkai tersebut dilaporkan ditemui oleh dua orang pelancong di Pulau Rodrigues ketika berjalan di pantai berkenaan pada Khamis.

Pulau Rodrigues adalah kepulauan kecil di Lautan Hindi, timur Mauritius.

Penemuain ini menjadikan serpihan ketiga yang ditemui di negara itu sejak bulan lepas. - SH

No comments