Terkini


Lelaki Ditemui Mati Dijerut Tangan Diikat

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditemui mati dengan lehernya dijerut serta kaki dan tangannya diikat dengan kain sarung dalam sebuah pangsapuri di Bukit Jalil pada Khamis.


Mangsa yang masih belum dikenal pasti identiti diri ditemui tertiarap di lantai ruang tamu dengan kedua-dua belah tangannya terikat di bahagian belakang dengan kain.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin, berkata mayat mangsa ditemui pengurusan kediaman berkenaan pada jam 12.40 tengah hari sebelum memaklumkan kepada polis.

“Hasil siasatan mendapati mangsa dibunuh dalam tempoh kurang 24 jam selain terdapat kesan darah di bahagian hidung dan telinga kirinya.

Tiada senjata ditemui di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi.

Chong berkata, siasatan kini dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan bunuh.

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Rakan Cop Polis KL di talian 03-21159999 bagi membantu siasatan.-BH Online

No comments