Terkini

Lelaki Ini Mahu Gunakan Teksi Dengan Harapan Mereka Sudah ‘Berubah’ Tapi Jawapan Yang Diterima..

Nampaknya ‘persengketaan’ antara perkhidmatan teksi dan Uber/GrabCar masih menemui jalan buntu. Dek kerana tidak berpuas hati, malah ada segelintir pemandu teksi mengambil tindakan sendiri menyekat perkhidmatan Uber/GrabCar ini.


Lelaki Ini Mahu Gunakan Teksi Dengan Harapan Mereka Sudah ‘Berubah’ Tapi Jawapan Yang Diterima..

Banyak perkara yang membuatkan netizen kini lebih gemar memilih perkhidmatan ini. Antaranya lebih mudah dan murah. Lelaki ini ceritakan sebabnya.

Kurang dari RM5!


Sejak kebelakangan ini saya selalu menggunakan servis Uber memandangkan kereta saya masih di bengkel. Semalam saya dari KL dan saya turun di Skudai Parade. Saya nampak beberapa teksi menunggu penumpang. Saya bertanya kepada mereka berapa tambang dari Skudai Parade ke rumah saya, berharap mungkin mereka sudah berubah & baiki perkhidmatan.


Mereka jawab RM15-RM20. Saya tanya lagi “pakai meter tak boleh bang?” Mereka seolah kurang senang dengan soalan saya dan beritahu mereka terpaksa ambil jalan jauh untuk balik semula ke Skudai Parade. Saya beredar dan gunakan Uber. Teka berapa harga tambang? Kurang dari RM5!

Kesian dengan pemandu lain yang jujur


Nampaknya saya salah, mereka masih mempunyai sikap yang sama. Caj tambang yang mahal, memilih penumpang dan tidak mahu menggunakan meter. Tak hairan lah pemandau teksi di Malaysia disenaraikan sebagai antara pemandu teksi paling teruk di dunia.



Tolong lah baiki servis kamu, baiki semula nama kamu. Berhenti beri alasan “cari teksi lain, dekat sangat.” atau “tak boleh, jalan jem.” Bersopan santun, meter yang ada di kereta itu bukan perhiasan.

Saya tahu tak adil untuk menghukum semua pemandu teksi. Tak semua berperangai sebegini. Saya kesian dengan pemandu teksi lain yang jujur mencari rezeki demi meneruskan kehidupan seperti kita.

Sumber : Hakim Ishraf
---------------
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

1 comment

Hafiq Salmah said...

Jiran saya buat parttime Uber. Dlm setahun cam tu. Sepenuh masa pd Sabtu & Ahad. Lepas tu dia cakap rugi sebab untung sikit. Nak kene baya maintenan kereta lagi. Lepas tu pergi airport JPJ tahan, mrk cakap Uber x dapat kelulusan JPJ. At least tambang Uber 1/2 dari teksi OK lagi. If 1/3 dari teksi, mrk nak makan apa?