Terkini


Lelaki Mengaku 'Makhluk Asing UFO', Ugut Akan Musnahkan Bumi

ZHEJIANG, CHINA: Seorang lelaki yang ditahan polis kerana melakukan kesalahan jalan raya telah menarik perhatian orang ramai melalui penyebaran video apabila dia dikatakan menggunakan alasan tidak masuk akal untuk mengelakkan dirinya disaman.


Lelaki Mengaku 'Makhluk Asing UFO', Ugut Akan Musnahkan Bumi

Lelaki tersebut telah ditahan oleh pihak polis kerana mempunyai 27 kesalahan lalu lintas yang belum dijelaskan.

Bagaimanapun lelaki berkenaan telah mengugut pihak polis dengan memberitahu yang dia adalah makhluk asing dan mengancam akan menghancurkan bumi sekiranya dia disaman.

Kejadian berkenaan telah dirakam oleh anggota polis dan menjadi viral di laman internet China.

“Anda mempunyai peraturan anda. Begitu juga kami di Bima Sakti ini. Saya dari kerabat diraja. Sekiranya anda melepaskan saya pergi, saya akan melupakan insiden ini.


“Tapi sekiranya anda bertegas juga, saya tidak akan teragak-agak menghancurkan bumi ini. Keluarga saya merupakan yang terbesar di galaksi ini dan tiada sesiapa pun yang berani mengganggu saya,” kata pemuda itu.

Beliau bagaimanapun tiak menyatakan dari galaksi Bima Sakti mana dia datang.

Apa yang melucukan pihak polis bertanya kepada lelaki berkenan kenapa tidak menaiki ‘pesawat’ sebaliknya hanya menggunakan kereta.

“Saya tidak terbang menggunakan pesawat, saya memandu FUA….erm.. maksud saya UFO,”jelas lelaki tersebut. Saksikan video di bawah.


No comments