Terkini

Letupan Di Restoran Mid Valley, 8 Cedera

Letupan dilaporkan berlaku di sebuah restoran di pusat beli-belah Mid Valley, Kuala Lumpur. Menurut bomba, insiden menyebabkan lapan orang mengalami kecederaan.


Letupan Di Restoran Mid Valley, 8 Cedera

"Kami menerima panggilan dan sebuah jentera bersama sepuluh anggota bomba telah dikerahkan ke tempat kejadian.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian, didapati benar berlakunya runtuhan syiling di dalam dua buah restoran berkembar di tingkat bawah.

“Mangsa seramai lapan orang dilaporkan mengalami cedera ringan dan telah dihantar ke hospital oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba di tempat kejadian,”katanya.

Jurucakap itu berkata penemuan awal menunjukkan kemungkinan berlaku kebocoran gas.


Menrut Twitter bomba, dua mangsa melecur manakala enam lagi mengalami cedera ringan dan kini dirawat di hospital.

Pusat beli-belah itu dalam kenyataannya mengesahkan kejadian itu pagi ini dan ia berpunca selepas kerja-kerja memasukkan semula gas petroleum cecair (LPG) di situ.

"Berlaku letupan kecil di dua kedai makanan dan minuman. Terdapat kecederaan kecil kepada kakitangan penyelenggaraan, kontraktor LPG dan kakitangan penyewa.

“Rawatan perubatan sudah diberikan dan tidak ada kematian (selain itu) orang awam tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Pusat beli belah itu turut menambah bahawa mereka telah menutup semua sistem gas di Mid Valley sehingga diberitahu kelak.

Mid Valley akan terus dibuka kepada pengunjung dan berjanji untuk memaklumkan kepada pengunjungnya sebarang perkembangan.



Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments