Macam Tak Percaya!!.. Budak Terselamat Jatuh Dari Tingkat 15

BEIJING: Seorang budak lelaki berusia tiga tahun terselamat walaupun jatuh tersembam dari kediamannya di tingkat 15 sebuah pangsapuri ke aras bawah.


Macam Tak Percaya!!.. Budak Terselamat Jatuh Dari Tingkat 15

Ibu bapa kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Qiqi mengupah pekerja untuk menutup balkoni sepenuhnya di rumah baru itu kerana bimbangkan keselamatan anak mereka.

Malangnya, ketika kejadian pada 11 April lalu itu, Qiqi dilaporkan terjatuh ketika pekerja belum sempat memasang tingkap baru berkenaan kerana sedang membawanya naik ke unit berkenaan.


Qiqi bagaimanapun bernasib baik kerana terjatuh di atas pasu bunga di sebuah balkoni beberapa tingkat di bawah sebelum jatuh tersembam ke tanah yang kebetulan lembut akibat hujan lebat pada malam sebelumnya.




Walaupun mengalami kecederaan serius pada muka dan patah tulang, Qiqi terselamat, namun masih dalam keadaan kritikal.

Ibunya berkata: “Dia sangat bernasib baik kerana tidak terkena kaki lima yang cuma 15 sentimeter dari tempat dia terjatuh itu.” - Agensi.
---------------
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments