Terkini


Mahkamah Perintah Aidil Zafuan Bayar Nafkah Tertunggak RM68,530

PEMAIN bola sepak kebangsaan Mohammad Aidil Zafuan Abd Razak, 29, menerima perintah Mahkamah Tinggi Syariah supaya membayar nafkah tertunggak berjumlah RM68,530 kepada bekas isterinya Rita Rudaini Mokhtar, hari ini.


Mahkamah Perintah Aidil Zafuan Bayar Nafkah Tertunggak RM68,530

Aidil Zafuan juga diperintahkan oleh hakim Mawardi Che Man untuk membayar kos guaman yang telah ditanggung oleh Rita sepanjang prosiding perbicaraan kes berkenaan.

BACA: Aidil Dikritik Kerana Hanya Mampu Beri RM20 Sehari Kepada Rita Rudaini

Aidil yang hadir ke mahkamah bersama peguamnya Rushdan Sujak dikehendaki menjelaskan kedua-dua bayaran tersebut dalam tempoh 45 hari bermula hari ini.


Tuntutan tersebut telah difailkan pada 14 Disember 2013.

BACA: Dia Tinggal Di Tempat Mewah, Rumah Besar, Tapi Anak-Anak Terbiar !..

Aidil Zafuan, Rita Rudaini
Rita sebelum ini turut memfailkan tuntutan mutaah sebanyak RM300,000 dari bekas suaminya itu pada 7 Julai 2014 mengikut Seksyen 58 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

BACA: Rita Rudaini Tuntut Muta'ah RM300,000 Untuk Sedarkan Aidil Zafuan
BACA: Melebihi Sepatutnya, Aidil Tidak Setuju Tuntutan Mutaah RM300,000


Bagi tuntutan tersebut, mahkamah telah memerintahkan Aidil untuk membayar RM30,000 kepada Rita pada Oktober tahun lalu.

No comments