Malaysia Mahu Ambil Serpihan Pesawat MH370 Terbaru Di Mozambique

Serpihan pesawat yang baru ditemui di Lautan Hindi akan diperiksa bagi menentukan kesahihan sama ada ia adalah milik pesawat #MH370.


Malaysia Mahu Ambil Serpihan Pesawat Terbaru Di Mozambique

“Kerajaan Malaysia sedang bekerjasama dengan pegawai dari Mauritius untuk mengambil serpihan itu untuk disiasat,” kata Menteri Pengangkutan Australia, Darren Chester yang dipetik dari sumber berita Yahoo.

Beliau bagaimanapun tidak tahu negara mana yang akan memeriksa serpihan itu.

BACA: Lagi Serpihan Dipercayai Milik MH370 Ditemui

Pakar penerbangan, Don Thompson memberitahu, serpihan itu mungkin adalah daripada bahagian dalam daripada kelas ekonomi atau bisnes pesawat Boeing 777.


Fragmen terbaru itu ditemui kurang daripada dua minggu penemuan dua serpihan yang dijumpai di Mozambique, juga dikatakan milik pesawat MH370.

Salah satunya ditemui di Teluk Mossel, bandar kecil di Afrika Selatan.

Australia masih mengetuai pencarian pesawat MH370 di Lautan India. Pesawat malang itu dilaporkan hilang semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014 dengan 239 orang penumpang dan anak kapal.

Setakat ini pencarian itu meliputi kawasan lebih daripada 95,000 kilometer persegi daripada 120,000 kilometer persegi sasaran.

Kerajaan Australia, China dan Malaysia akan mengakhiri pencarian apabila gerakan mencapai sasaran kawasan yang ditetapkan. - FMT



Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments