Terkini

MENGEJUTKAN! Dua Murid Meninggal Dunia...Hasil Bedah Siasat Rungkai Punca Kematian

Dua murid tahun enam meninggal dunia secara tiba-tiba dalam kejadian di dua buah sekolah di sini. Dalam kejadian pertama di Sekolah Kebangsaan (SK) Setiawangsa kira-kira pukul 10.10 pagi ini, Mohd. Aiman Mohd. Zalizan, 12, terjatuh dari kerusi di makmal komputer sekolah tersebut lalu pengsan sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai kesihatan.


MENGEJUTKAN! Dua Murid Meninggal Dunia...Hasil Bedah Siasat Rungkai Punca Kematian

Ibu saudara mangsa, Noraini Ishak, 35, berkata, Mohd. Aiman meninggal dunia secara tiba-tiba ketika sedang mengikuti sesi pembelajaran di makmal komputer. Dia yang menjaga Mohd. Aiman seperti anaknya sendiri sejak 12 tahun lalu mengakui sangat terkilan dengan kejadian itu.

“Saya tidak menyangka perubahan sikap anak saudara saya yang murah senyuman sejak kebelakangan ini merupakan petanda dia akan pergi buat selamanya,” katanya ketika ditemui.

Menurut Noraini, dia reda dengan pemergian mengejut tersebut.

“Pada bulan lalu, anak saudara saya pernah terjatuh beberapa kali dan mengalami muntah-muntah.

“Selepas kejadian itu, kami telah menghantar Aiman untuk mendapatkan rawatan di hospital namun doktor tidak dapat mengesan apa penyakitnya,” katanya.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Mohd. Roy Suhaimi Mohd. Shariff ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut. Menurutnya, hasil bedah siasat menunjukkan mangsa meninggal dunia akibat penyakit sawan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Dalam kejadian kedua, seorang murid perempuan tahun enam SK Sungai Pusu, Gombak, dekat sini maut selepas dikatakan pengsan di dalam bilik darjah kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, mangsa, Lyana Shaqirah Amin, 12, dikatakan pengsan di dalam kelas Enam Canggih ketika bangun untuk keluar rehat. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, ekoran kejadian pihak sekolah telah menghubungi ibu mangsa sebelum membawanya ke klinik di Batu 8, berhampiran dengan sekolah berkenaan.


“Mangsa disahkan meninggal dunia di klinik pada pukul 11 pagi dan jenazahnya telah dihantar ke Hospital Selayang untuk dibedah siasat.

“Namun punca kematian masih belum dikenal pasti dan pihak polis kini sedang menunggu keputusan ujian makmal,” katanya ketika hubungi di sini hari ini.

Mengulas lanjut Ali menambah, siasatan lanjut masih diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Ibu mangsa, Aidy Derwina Ismail, 40, ketika dihubungi berkata, dia menerima panggilan telefon mengatakan anak ketiga daripada empat adik-beradik itu pengsan di sekolah pada pukul 9.50 pagi.

Ujarnya, dia segera ke sekolah bersendirian kerana suaminya, Amin Dahari, 51, yang bekerja sebagai juruukur sambilan menjaga anak bongsunya yang masih kecil di rumah.

“Bila saya sampai, wajah anak saya dah biru. Ketika itu, saya tahu anak saya sudah tiada, saya reda dengan pemergiannya,” ujarnya.

Ketika ditanya sama ada terdapat perubahan sikap pada anaknya sebelum kejadian, Aidy Derwina memberitahu, Lyana ada meminta untuk dibuatkan bilik kecil kerana tidak mahu lagi berkongsi bilik bersama kakaknya.

“Tidak sangka, permintaan itu adalah tanda dia akan tinggalkan kami sekeluarga,” ujarnya sebak. Sumber Itusan Online

No comments