Militan Abu Sayyaf Penggal Kepala Warga Kanada

Salah seorang daripada tiga rakyat Kanada yang menjadi tebusan oleh kumpulan penculik Militan Abu Sayyaf telah dipenggal kepalanya.


Militan Abu Sayyaf Penggal Kepala Warga Kanada

Ia berikutan kumpulan pengganas terbabit masih belum menerima wang tebusan berjumlah 900 juta peso (RM75 juta) yang diminta.

Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau mengesahkan bahawa tebusan yang dipenggal itu adalah rakyatnya, John Ridsel, 68, yang merupakan bekas eksekutif perlombongan.

Laman portal The Straits Times melaporkan, lelaki yang telah memancung kepala warga Kanada itu dikenali sebagai Takoh Sawadjaan.

Ridsdell, Sakkingstad, 56, seorang lagi warga Kanada, Robert Hall, 50, dan seorang wanita Filipina, Maritess Flor, 40, telah diculik pada 21 September 2015 oleh penculik kejam dari kumpulan kecil Abu Sayyaf dari resort Holiday Oceanview Samal di pulau Samal, di wilayah Davao.


Lebih dari dua minggu lalu, Abu Sayyaf mengeluarkan satu video mengancam untuk mula memenggal kepala tiga tebusan lelaki itu pada Isnin.

Dengan meletakkan parang di leher mereka, Ridsdell, Sakkingstad dan Hall dilihat merayu kepada kerajaan mereka untuk membayar wang tebusan sebanyak 300 juta peso (RM25 juta) bagi setiap seorang daripada mereka.

Kumpulan itu telah menangguh untuk membunuh mereka pada 8 April lepas, tetapi kemudiannya mengubahnya ke tarikh 25 April.

Abu Sayyaf, yang mana ketuanya Isnilon Hapilon telah diiktiraf oleh kumpulan pengganas Negara Islam (IS) sebagai pemimpin kumpulan itu yang terkenal dengan aktiviti peras ugut, penculikan, memenggal kepala dan pengeboman. - FMT.

No comments