Terkini

Mira Filzah Jawab Dakwaan Corak Baju Sama Dengan Langsir

Bakat baharu, Mira Filzah, 22, menyifatkan perbandingan dibuat oleh golongan netizen terhadap baju dipakainya untuk sesi fotografi sebuah majalah dengan langsir yang mempunyai rekaan abstrak daun sebagai melucukan.


Baju Mira Filzah Diejek Sama Dengan Corak Langsir

Finalis Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH ke-29 (ABPBH 29) itu berkata, pakaian terbabit disediakan oleh pihak majalah berkenaan untuk sesi fotografi terbabit, bukan dibelinya sendiri.

“Baju itu dipakai bagi menjayakan sesi fotografi untuk sebuah majalah dan ia disediakan sendiri oleh pihak wartawan media berkenaan.

“Tetapi, jika diamati, baju itu sangat cantik. Tidak sangka pula ada corak sama bagi kain langsir. Lucu pula apabila ada yang membandingkan baju berkenaan dengan langsir terbabit,” katanya kepada BH Online.

BACA: Mira Filzah Beri ‘Amaran Keras’ Terhadap Individu Buka Akaun Palsu Miliknya!

Baru-baru ini, nama Mira menjadi bualan apabila gambarnya di sebuah majalah menjadi bahan lawak golongan netizen gara-gara baju yang dipakainya sama coraknya dengan langsir.


Walaupun tidak kurang yang mengejek ekoran persamaan terbabit, namun ramai juga kalangan peminat yang menyokong pelakon itu dengan menyifatkan ia mungkin berlaku secara kebetulan. Malah, ada juga yang kasihan dengan Mira kerana menjadi ‘mangsa’ ejekan di media sosial.

Bagaimanapun, Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, berkata beliau langsung tidak berasa hati dengan ejekan itu. Cuma, pelakon yang popular menerusi drama Cinta Si Wedding Planner itu berharap agar dirinya tidak lagi berdepan dengan situasi serupa selepas ini.



“Jujurnya, saya tidaklah berasa malu atau kecil hati pun dengan perbandingan itu. Tetapi selepas kejadian ini, mungkin saya akan lebih berhati-hati dengan setiap baju yang digayakan,” tuturnya. Sumber: BH Online



Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments