Terkini

Nama Dato' Seri Vida Digunakan Untuk Promosi Laman Web Lucah

PENGASAS produk kecantikan Qu Puteh, Dato' Seri Dr.Hasmizah Othman atau Dato' Seri Vida, runsing apabila banyak pihak mula mempergunakan namanya untuk tujuan yang tidak baik.


Nama Dato' Seri Vida Digunakan Untuk Promosi Laman Web Lucah

Gara-gara isu akaun Facebook palsu yang menggunakan namanya menawarkan beg tangan mewah, nampaknya ia menjadi ‘inspirasi’ buat pihak yang tidak bertanggungjawab.

Menggunakan modus operandi yang sama, iaitu menawarkan hadiah barangan mewah, akaun-akaun Facebook palsu yang menggunakan nama Datuk Seri Vida ini akan meminta pengikut menekan satu pautan atau link.

Link yang ditekan itu bagaimanapun akan membawa pelayar ke laman web lucah.


Lebih teruk, ada juga pautan yang akan membawa bersama virus ke dalam komputer atau telefon pintar.

Dalam status di Instagram, Datuk Seri Vida memaklumkan akaun Facebook miliknya terpaksa dinyahaktifkan buat masa ini. Justeru hanya maklumat di akaun Instagram disahkan sebagai rasmi dan benar.




Beliau juga menyatakan rasa kesal dan tidak faham mengapa ada pihak yang sanggup berbuat demikian.

Beberapa hari lalu, kecoh apabila sebuah akaun Facebook palsu menggunakan nama Datuk Seri Vida menawarkan pemberian beg tangan berjenama Louis vuitton secara percuma kepada pengikut mereka.

No comments