Nasi Lemak Berlauk Cicak Dalam Pesawat Penerbangan

Seorang penumpang pesawat penerbangan tambang murah tersohor mendakwa menemui seekor cicak ketika sedang menikmati nasi lemak yang dibeli di dalam pesawat berkenaan.


Nasi Lemak Berlauk Cicak Dalam Pesawat Penerbangan

Penumpang tersebut, Awang Waseem yang menceritakan perkara itu memberitahu, dalam kejadian pada 27 Mac lalu, dia yang menaiki pesawat tersebut untuk ke Kuching telah membuat pesanan makanan dengan menu nasi lemak.

“Semasa saya sedang makan, saya terjumpa seekor cicak di dalam makanan saya. Saya telah memaklumkan kepada pramugara dan dia meminta bekas makanan saya untuk ditukar yang lain.


“Tetapi saya tidak mahu bagi. Setelah saya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching saya terus ke balai polis buat laporan,” katanya menerusi laporan yang dibuatnya.

Laporan polis itu kemudian dimuat naik ke laman sosial berserta gambar nasi lemak yang dibelinya dan telah dikongsi di Facebook Oh Media!.

Waseem berkata, laporan polis yang dibuatnya itu juga bertujuan sebagai langkah berjaga-jaga terhadap keselamatan dirinya. - FMT

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments