Nora Danish & Nedim Nazri Bakal Nikah Tahun Ini

BARU-baru ini memang ada desas-desus menyatakan pelakon jelita Nora Danish bakal mendirikan rumah tangga dengan teman lelakinya, Nedim Nazri tidak lama lagi.


Nora Danish & Nedim Nazri Bakal Nikah Tahun Ini

Mengulas perkara itu kepada mStar Online, Nora, 35, mengakui tidak menolak kemungkinan akan berkahwin tahun ini.

Bagaimanapun, ibu tunggal anak satu ini memberitahu, dia pada masa yang sama tidak mahu terburu-buru berkenaan hal ini kerana ingin memastikan dirinya benar-benar sedia memikul tanggungjawab menjadi isteri.

BACA: "Kalau Dah Suka, Kahwin Saja Lah" - Nazri Aziz

“Saya tidak menolak kemungkinan akan berkahwin pada tahun ini tetapi sebelum itu saya ingin memastikan saya sudah bersedia untuk kembali bergelar sebagai isteri.


“Tambahan pula saya tidak mahu berkahwin hanya semata-mata kerana cinta sebaliknya kerana Allah.

“Insya-Allah jika sudah sampai masanya nanti saya akan beritahu kepada semua,” katanya.

BACA: 11 Gambar: Nora Danish & Nedim Rawat Gigi, Dah Tempah Baju Kahwin?

Sementara itu, pelakon putih gebu ini memberitahu, dia tidak merancang untuk mengadakan majlis besar-besaran dan hanya mahu perkahwinan yang ringkas.

Nora Danish

Difahamkan, Nora juga telah beberapa kali bertemu dengan keluarga Nedim termasuk Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz yang merupakan bapa kepada Nedim.

BACA: “Jangan Terkejut Kalau Saya Kahwin Dengan Nedim” - Nora Danish

Dalam perkembangan lain, Nora dilantik menjadi duta produk dan ikon selfie model telefon pintar Oppo F1 Plus selama setahun.

CERITA INI PALING GEMPAR & BEST tentang Nora Danish: KLIK SINI

---------------
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments