Pakej Telco Teruk!!.. CEO Maxis Minta Maaf Kepada Pelanggan (Video)

Antara isu hangat yang diperkatakan minggu ini ialah pelanggan setia Maxis yang merasakan diri mereka tidak dihargai oleh syarikat telekomunikasi gergasi negara ini.


Pakej Telco Teruk!!.. CEO Maxis Minta Maaf Kepada Pelanggan

Mereka mendakwa tidak diberikan tawaran khas pakej pada harga lebih rendah dengan jumlah data yang lebih tinggi walaupun sudah menjadi pelanggan setia melebihi sedekad. Sebaliknya pelanggan yang bercadang berubah ke syarikat telekomunikasi lain pula diberikan pakej lebih murah sebagai cara memujuk mereka supaya kekal dengan Maxis.

Laman Facebook Maxis menjadi agak hangat disebabkan apa yang berlaku. CEO Maxis Morten Lundal hari ini melakukan pengumuman mengejut menerusi Facebook Live dan meminta maaf kepada pelanggan yang terasa diri mereka tidak dihargai.

BACA: “Jika 13 Bulan Lagi Saya Terus Guna Maxis, Pastinya Saya Manusia Yang Bodoh”

Beliau menyedari perasaan pelanggan pastinya terguris dan membuat peningkatan kuota pada kesemua pelanggan pakej One Plan.


Menerusi pelan baru ini pelanggan dengan pelan kuota 1 GB akan ditingkatkan ke 5 GB. Pelanggan pelan 3GB pula akan ditingkatkan ke 8 GB. Kesemua pelan baru ini akan berkuat kuasa bermula bulan Mei ini.


Pada waktu yang sama kesemua pelanggan Maxis One Plan akan menerima kuota data sebanyak 3 GB secara percuma bulan ini sebagai tanda memohon maaf atas kesilapan mereka menangani insiden ini.

Dengan pengumuman ini Maxis berharap penawaran pelan mereka akan menjadi lebih kompetitif dengan pesaing-pesaing mereka. Pada waktu yang sama penghijrahan pelanggan kepada pesaing dapat dihentikan.

Adakah anda pelanggan Maxis? Sekiranya ya adakah anda berpuas hati dengan pakej baru yang mereka tawarkan ini?

Saksikan Video Ini:

A message from Maxis CEO Morten to our customers

There have been many questions about our plans lately and we’d like you to hear from us. Join our CEO Morten and Head of Consumer Business Dushyan as they address some of your questions.

Posted by Maxis on Friday, 8 April 2016

---------------
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:


2 comments

Fieza Sani said...

Still not worth it upgrade from 1gb to 5gb, price is RM98..digi offer much better, 7gb unlimited call RM78 only..

Yazid Izzat said...

Dengan RM 128 dapat 8GB tapi DIGI RM 128 dapat 9GB...