Terkini

Panass!.. Bila Hafidz Roshdi Pula Sound Uqasha “Kau Dah Kenapa?”

PELAKON yang semakin meningkat naik namanya, Hafidz Roshdi membuat kenyataan balas berhubung isu status ‘panas’ yang dimuat naik Uqasha Senrose mendakwa dirinya seorang yang takutkan tunang.


Panass!.. Bila Hafidz Roshdi Pula Sound Uqasha “Kau Dah Kenapa?”
Melalui laman sosial Instagram, Hafidz memuat naik cetakan skrin siri twit yang ditulis Uqasha sambil menulis kapsyen,“Kalau tak puas hati dengan aku cakap je. Jangan libatkan tunang aku. Dia faham je aku. Ko dah kenapa????”


Baca: "Takut Sangat, Simpan Dalam Almari Ye Dik" – Uqasha Senrose Sindir Tunang Hafidz Roshdi

Dalam twit yang ditulis Uqasha, aktres itu menyuarakan ketidakpuasan hatinya mengenai tunang Hafidz bersikap kebudak-budakan kerana cemburu dengan kemesraan mereka untuk drama bersiri popular itu sedangkan ia hanyalah lakonan untuk drama.


Uqasha Perli Hafidz Roshdi, ‘Bagi Free Pun Hakak Tak Nak’

Dalam twit tersebut, Uqasha menyatakan kalau diberi percuma pun dia tidak mahukan (Hafidz sebagai kekasihnya) bagi meyakinkan tunang aktor agar jangan cemburu tidak bertempat.

Namun, Hafidz dipercayai sudah memadamkan posting gambar tersebut.

Hmm, nampaknya drama ‘pergaduhan’ Hafidz dan Uqasha semakin panas.

Harap-harap mereka dapat berbaik semula sebab industri hiburan tempatan ni kecil je, balik-balik jumpa muka yang sama juga.

Mungkin hal ini terjadi pun sebab salah faham dan kurang komunikasi di antara kedua-duanya.
---------------
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments